85141

Luahan Hati Isteri Pertama Ude Sempena Ulangtahun Perkahwinan Bikin Netizen Menangis - Suria FM - Segalanya Hiburan

Luahan hati yang isteri pertama pemuzik Ude iaitu Intan Liana di Instastory miliknya telah membuatkan netizen sebak dan mengalirkan air mata.

Dalam Instastory itu, Intan telah memuatnaik gambar sewaktu majlis perkahwinannya sempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima.

screen-shot-2018-03-01-at-2-31-50-pm

Intan turut meluahkan rasa hatinya yang bebrunyi seperti ini ;

Aku pernah sayang orang sepenuh hati… Sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia… Sedih tu datang dari hati bukan dari muka… luar nampak happy tapi dalam hanya Tuhan saja yang tahu.. Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta… Semoga Allah satukan kita dengan orang yang mencintai kita… #happy5thanniversary

Sebelum ini Intan turut memuatnaik beberapa kata-kata yang seakan-akan sedang menggambarkan apa yang sedang dilaluinya pada ketika ini.

screenshot_2018-02-21-15-59-33-515screenshot_2018-02-21-15-59-07-120

Rata-rata netizen di media sosial meluahkan rasa sedih dan sebak di atas nasib yang menimpa Intan Liana dan mendoakan semoga Intan kuat mengharungi dugaan.

SURIA mendoakan semoga Intan Liana tabah mengharungi badai yang sedang melanda dalam rumahtangganya. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!