72776

Mas Idayu Meraung Di D'Academy Asia 3 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika semalam SURIA menyiarkan cerita Mas Idayu yang menjadi trending gara-gara klip video dirinya memarahi Baby Shima di program D’Academy Asia, harini sekali lagi Mas Idayu menjadi trending.

Kali ini bukan kerana dia memarahi sesiapa tetapi kerana dia telah menangis dengan teruk sampai tidak mampu berkata-kata.

screen-shot-2017-11-15-at-3-47-15-pm

Mas Idayu menjadi begitu emosi dan menangis sebaik melihat gambar arwah ibunya dipaparkan. Ramai yang tidak tahu, Mas Idayu telah kehilangan arwah ibunya sewaktu dia berumur 17 tahun.

screen-shot-2017-11-15-at-3-56-30-pmMas sempat menceritakan tentang kehilangan ibunya yang meninggal sewaktu melahirkan adiknya yang turut meninggal.

Penonton yang berada disitu kelihatan turut menangis mendengar kisah sedih dari Mas Idayu.

Mas yang sudah tidak mampu berkata-kata terus meraung dan memeluk pengkritik disebelahnya sambil ditenangkan.

screen-shot-2017-11-15-at-3-44-09-pm

Sabarlah Mas, SURIA turut bersedih mendengar kisah Mas Idayu yang kehilangan ibunya di usia yang begitu muda. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu Mas Idayu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!