72289

Mejar David Teo Terima Tamparan Secara ‘Live’ Di Hadapan PM - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya sepanjang minggu ini rakyat Malaysia sering disajikan dengan video-video panas.

Terbaru video penerbit filem terkenal Mejar David Teo ditampar pelakon dan pelawak Mat Over di hadapan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mula menular di media sosial.

screen-shot-2017-05-18-at-8-19-24-amscreen-shot-2017-05-18-at-8-20-15-am

Kejadian yang berlaku sewaktu acara Transformasi Nasional 50 atau TN50 yang dikendalikan oleh Datuk Rosyam Nor itu telah gamat seketika apabila David Teo tiba-tiba merampas pembesar suara milik Datuk Rosyam dan mula meluahkan perasaanya di hadapan Perdana Menteri.

Berang dengan tindakan Mejar David, Mat Over melulu dari tempat duduknya terus ke Mejar David dan menampar mukanya di hadapan Perdana Menteri.

Keadaan di situ kecoh seketika apabila ramai yang cuba menenangkan keadaan yang sedang tegang ketika itu.

Kedengaran Datuk Rosyam sempat memohon maaf kepada Perdana Menteri di atas kekocohan yang berlaku.
Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi video yang tersebar menunjukkan kedua-dua mereka telah bermaafan dan memeluk Perdana Menteri tanda berdamai.

Netizen rata-ratanya meluahkan rasa marah terhadap Mejar David yang dianggap biadap kerana berkelakuan sebegitu di hadapan pemimpin tertinggi negara.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!