114004

Menangi Hadiah Wang Tunai Lebih RM13,000 Menerusi Peraduan #MYTruecaller Di Suria - Suria FM - Segalanya Hiburan

Truecaller akan memberikan hadiah wang tunai bernilai RM250 kepada 55 pemenang bertuah melalui pelancaran #MYTruecaller Giveaways bermula pada 26 Julai sehingga 21 Ogos 2021 di stesen radio Suria FM dan saluran media sosialnya.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai #MYTruecaller Giveaways dengan mendengar Suria FM atau melawat laman rasmi Facebook and Instagram Suria, untuk merebut peluang menjadi pemenang bertuah.

Truecaller merupakan sebuah aplikasi ini bagi melindungi rakyat Malaysia dari menjadi mangsa penipuan melalui telefon. Aplikasi ini juga akan menggalakkan rakyat untuk berkomunikasi dengan lebih selamat dan efisien. 

Kes penipuan melalui telefon amat kerap berlaku di kalangan masyarakat hari ini, merekodkan kerugian berjumlah RM38 juta antara Januari hingga Mac tahun ini. Sindiket penipuan seperti ini mengambil kesempatan ke atas rakyat Malaysia yang sememangnya mengalami kesusahan hidup, dengan menggunakan pelbagai taktik jahat seperti menyamar sebagai pihak berkuasa untuk memperdaya mangsa. Ini menyebabkan begitu ramai orang terjerumus ke dalam perangkap mereka dan hilang wang simpanan yang sekian lama dikumpul dalam sekelip mata sahaja.

 

Menurut Truecaller, aplikasi ID pemanggil dan penghalang spam yang terkemuka, Malaysia mencatatkan 9 juta kes panggilan spam setiap bulan. Daripada jumlah ini, 2 juta kes berkait dengan penipuan. Truecaller membantu mengenal pasti semua panggilan masuk dari seluruh dunia dan secara automatik menghalang penjenayah spam yang telah dikenal pasti. Untuk mengetahui sama ada sesuatu panggilan adalah selamat untuk dijawab, aplikasi tersebut akan mempamerkan kad hubungan berwarna biru untuk kenalan yang disahkan atau hijau untuk perniagaan yang disahkan, manakala warna merah bermaksud panggilan tersebut adalah spam atau dari sindiket penipuan. Aplikasi ini juga mempunyai aspek komuniti yang unik di mana pengguna yang menggunakan Truecaller boleh melaporkan nombor telefon dalam masa sebenar untuk melindungi pengguna Truecaller yang lain. 

Muat turun Truecaller hari ini melalui Google Play atau Apple App Store. Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi ini, layari www.truecaller.com.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!