72424

Meninggal Akibat Kencing Tikus - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pada April lalu, negara kita dikejutkan dengan kematian seorang pelajar tahfiz Allahyarham adik Mohammad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang didakwa didera oleh pembantu warden sehingga menyebabkan kematian.

Namun selepas hasil bedah siasat dikeluarkan, punca sebenar kematian arwah adalah disebabkan terkena jangkitan kencing tikus.

Proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian telah dilakukan pada jam 6 petang hari yang sama arwah meninggal dunia. Beberapa sampel tisu dan darah telah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.

Susulan daripada kejadian tersebut juga, satu Jawatankuasa Khas Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Jawatankuasa ini terdiri daripada Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit.

Hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan didapati pelajar tahfiz tersebut meninggal dunia disebabkan oleh penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang ditularkan.

ibu_thaqif

Penyebab kematian adalah Leptospirosis (kencing tikus) dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis (Purpura Fulminans)dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya melibatkan kegagalan organ untuk berfungsi.

Laporan bedah siasat dikemukakan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

kota-tinggi-religious-school-abuse-1

Semoga segala tuduhan dan persepsi negatif yang ditanggung oleh pihak Madrasah dan Pembantu Warden selama ini dapat diperbetulkan dengan sebaiknya.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini. 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!