88438

Mesut Ozil Tidak Mahu Lagi Bermain Untuk Jerman - Suria FM - Segalanya Hiburan

Keputusan yang amat menyedihkan bagi peminat-peminat pemain bola sepak Jerman iaitu Mesut Ozil yang telah membuat keputusan untuk tidak lagi mahu bermain untuk pasukan negaranya itu.

Selepas tewas pada saingan Piala Dunia Rusia 2018 yang lalu, Ozil menjadi sasaran pihak media Jerman yang dikatakan sebagai punca kekalah pasukan yang memenangi Piala Dunia Brazil 2014 itu.

Lebih menyedihkan Ozil turut dikaitkan dengan isu berbaur perkauman dik keturunannya yang berdarah Turki dan merupakan seorang muslim.

Pada bulan Mei yang lalu, Ozil dikritik hebat selepas bergambar dengan presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di sebuah majlis di London.

Ozil menghadiri acara itu bersama rakan seperjuangan Jerman, Ilkay Gundogan. Kedua-dua Ozil dan Gundogan adalah keturunan Turki.

Ozil berkata beliau dan Gundogan bercakap mengenai bola sepak dengan presiden.

Banyak ahli politik Jerman mempersoalkan kesetiaan Ozil dan Gundogan terhadap nilai-nilai demokrasi Jerman.

Jerman sebelum ini mengkritik tindakan keras pemimpin Turki terhadap perbezaan politik selepas rampasan kuasa gagal.

Ozil berkata beliau seperti tidak menghormati asal usul nenek moyangnya sekiranya dia tidak mengambil gambar dengan presiden Turki.

Beliau menambah bahawa dia dan keluarganya telah menerima surat yang menyatakan kebencian mereka terhadap Ozil, panggilan telefon mengancam keselematan mereka, dan komen negatif di media sosial.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!