91742

Miss Universe 2018 Milik Ratu Filipina - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filipina sekali lagi mengukir kejayaan di pentas ratu cantik antarabangsa apabila wakil mereka iaitu Catriona Gray, 24, telah memenangi pertandingan Miss Universe 2018 pada pagi tadi (17 Disember 2018) yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Ini merupakan kemenangan kali keempat untuk negara Filipina di arena Miss Universe selepas kemenangan Gloria Diaz (1969), Margarita Moran (19773) dan yang terbaru Pia Wurtzbach (2015).

Sejak dari awal pertandingan lagi, nama Catriona sudah disebut-sebut oleh peminat serta pakar pertandingan ratu cantik bahawa dia akan membawa pulang mahkota yang diidamkan oleh setiap ratu cantik itu.

Catriona telah memberikan persembahan yang mantap sewaktu pusingan awal iaitu ‘preliminary’ beberapa hari lalu. Malah beliau mengulangi kejayaan yang sama pada hari ini dengan mempamerkan aksi yang memukau.

Membawa semangat Filipina bersama dirinya, Catriona menyarungkan gaun petang yang diinspirasikan daripada gunung berapi Mayon dari negeri kelahirannya. Beliau juga memakai anting-anting yang direkanya sendiri yang diinsprasikan daripada bendera kebangsaan Filipina.

Naib juara pula disandang oleh wakil dari Afrika Selatan iaitu Tamaryn Green, manakala tempat ketiga pula menjadi milik wakil Venezuela Sthefany Gutierrez.

Sebelum ini Catriona pernah mewakili Filipina di pertandingan Miss World 2016. Tetapi sekadar berjaya melangkah hingga ke Top 5. Siapa sangka Catriona kini bukan sahaja wanita paling cantik di dunia, tetapi di alam semesta.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Filipina dan semua yang telah menyertai pertandingan Miss Universe.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!