72789

Model Victoria's Secret Terjatuh Sewaktu Berjalan Di Pentas - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung pertunjukan fesyen jenama pakaian dalam terkenal dunia iaitu Victoria’s Secret di Shanghai China.

screen-shot-2017-11-21-at-11-44-49-am

Pertunjukan yang berlangsung di arena Mercedes Benz itu dihadiri oleh lebih 3 ribu penonton termasuklah selebriti dari Malaysia iaitu Neelofa.

screen-shot-2017-11-21-at-11-42-16-am

Namun dalam keterujaan melihat bidari-bidari Victoria’s Secret berjalan di atas pentas tiba-tiba seorang daripada model mereka iaitu Ming Xi telah terjatuh di tengah pentas.

Model yang berasal daripada China itu terpijak kainnya lalu terjatuh di hadapan ribuan penonton.

Penonton yang sedang leka menyaksikan pertunjukan tersebut terkejut melihat kejadian itu dan mula bersorak untuk memberikan semangat kepada Ming Xi.

Lebih mengharukan apabila seorang lagi model yang berjalan di belakang Ming Xi datang kepadanya menghulurkan tangan untuk membantunya.

Penonton di seluruh arena bersorak dan memberikan tepukan gemuruh apabila melihat momen itu.

Rata-rata netizen telah memuji sikap profesional kedua-dua model itu yang bijak mengawal keadaan. Malah Ming Xi masih mampu tersenyum saat terjatuh.

Untuk rekod, ini adalah pertama kali model pertunjukan fesyen Victoria’s Secret terjatuh ketika berjalan di atas pentas.

Sehingga kini, video Ming Xi terjatuh menajdi tular di media sosial seluruh dunia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!