72194

"Muka Tak Ada Seri Langsung" – Sara Ali Berbalas Komen Dengan Individu Tentang Isu Tidak Berhijab - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini pelakon wanita, Sara Ali telah menggemparkan peminatnya dengan berita tentang beliau sudah tidak lagi mengenakan hijab setelah setahun berhijab.

Apa yang lebih membuatkan sesetengah netizen berang apabila Sara ada memuat naik video secara live di akaun Facebook miliknya bagi menjelaskan punca mengapa beliau mengambil keputusan sebegitu.

bq9jibtcaaed2js

Menerusi video itu, ia seolah-olah menjelaskan bahawa keputusan untuk berhijab sebelum ini adalah disebabkan sesuatu yang tidak ingin dijelaskan olehnya dan ia bukanlah disebabkan diri sendiri mahupun DIA.

7n_saraaliidamwatak00

Baru-baru ini Sara ada memuat naik gambar beserta kapsyen menerusi akaun Instagram miliknya yang bermaksud bahawa beliau akan sentiasa menyayangi peminatnya walaupun beliau sedar ada sesetengah peminat yang kecewa dengan sikapnya.

sara_ali

Walau bagaimanapun, ada seorang netizen telah meninggalkan komen pada gambar tersebut dan komen itu dibalas oleh Sara sehingga ia menyebabkan mereka berdua saling berbalas-balas komen.

sara5sara2sara3sara4sara1

Setiap apa keputusan yang dilakukan oleh mana-mana individu pasti mempunyai sebab tersendiri. Jadi, apa yang kita mampu lakukan hanya mendoakan yang terbaik sahaja untuk mereka-mereka. Tak guna nak gaduh-gaduh.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!