88417

Murid Sekolah Pakai Kasut Hitam Tahun Hadapan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Mazlee Malik telah mengumumkan pelaksaanan baru dalam pemakaian seragam sekolah iaitu penggunaan kasut berwarna hitam untuk murid sekolah bermula tahun hadapan.

Keputusan itu dibuat selepas ramai ibu bapa yang mengadu meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut berwarna putih.

Selain itu Dr Maszlee berkata, kementeriannya komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalaskan beg sekolah yang berat.

Beliau juga berhasrat untuk menyaksikan pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara.

“Saya bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa.

“Dengan itu, saya juga berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam masa lima tahun ini,” jelasnya.

Dr Maszlee juga berkata beliau akan memastikan pelajar lepasan sekolah di Malaysia dilihat bertaraf antarabangsa.

Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri sesi Bicara Minda bersama akhbar Sinar Harian di Shah Alam pada 19 Julai.

Nampaknya selepas ini ibu bapa dan para pelajar tidak lagi perlu bersusah payah menyental kotoran degil pada kasut sekolah dan menyapu kapur setiap hujung minggu.

 

Sumber : AWANI

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!