72404

Mus (May) Koma - Suria FM - Segalanya Hiburan

mus-may

Semalam salah seorang penyampai Suria, iaitu Bob Ringgo telah berkongsi status Facebook Joey BPR dengan kru Suria yang lain. Menurut status Joey BPR itu, rakannya Mus, yang juga terkenal sebagai vokalis Kumpulan May telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana demam dan terus koma hingga ditempatkan di Unit Rawatan Rapi atau ICU.

Menurut laporan mstar online pula, Isterinya Suraya Bahari memberitahu, suaminya itu diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor ekoran situasi diri dia yang terlalu lemah selain bagi membolehkan keadaannya stabil.

“Buat masa sekarang Abang Mus masih berada di zon kritikal HKL, sementara menanti untuk dipindahkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi).
“Doktor sudah menjalankan beberapa ujian bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa),” katanya.
Dalam pada itu, Sue berkata, keadaan Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, bertambah teruk pada petang Isnin akibat demam berkenaan.
“Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital,” ujarnya.
Ditanya punca Mus mengalami sakit, Sue memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik sebelum ini namun dia mungkin keletihan.
“Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapannya tiada yang serius,” jelasnya yang mengharapkan doa semua pihak terhadap Mus.

sumber : mstaronline

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!