84892

MV Lagu Untuk Laila Akhirnya Dilancarkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas sebulan pulang dari penggambaran serta melalui proses suntingan, akhirnya muzik video yang dinanti-nantikan dari kumpulan Akim & The Majistret (ATM) iaitu Lagu Untuk Laila telah pun dilancarkan secara rasmi pada 6 Februari 2018.

Muzik Video Lagu Untuk Laila telah menjalani penggambaran di Pulau Jeju Korea Selatan selama 5 hari dengan kerjasama daripada SURIA Malaysia.

_dsc6914

Kesemua ahli kumpulan Akim & The Majistret dan kumpulan SURIA Malaysia telah diterbangkan khas oleh syarikat penerbangan tambang murah nombor 1 di dunia Air Asia X.

Lebih menarik apabila pramugari dari Air Asia telah dipilih menjadi model untuk muzik video Lagu Untuk Laila.

_dsc6788

Berbicara mengenai muzik video ini, kumpulan ATM tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja mereka apabila akhirnya dapat memiliki muzik video sendiri. Lebih mengujakan apabila muzik video ini dirakamkan di luar negara.

Menurut Akim, sebelum ini ada pihak yang mahu menaja mereka ke luar negara, namun Akim terpaksa menolak kerana pihak penaja tidak mahu membawa kesemua mereka, cuma beberapa orang sahaja.

_dsc6953

Tetapi kini impian mereka menjadi nyata apabila Air Asia X dan Wilayah Istimewa Khas Jeju (Special Self Governing Province) sudi menerbangkan kesemua mereka ke Pulau Jeju untuk menjalani penggambaran muzik video.

Lebih membanggakan apabila ATM telah memilih SURIA Malaysia untuk bekerjasama menghasilkan muzik video ini.

“Ini adalah kerjasama pertama ATM bersama SURIA Malaysia. Tak sangka pula sampai ke Pulau Jeju. Ini adalah satu pengalaman yang menarik. Kami gembira dapat bekerjasama dengan kumpulan SURIA kerana mereka adalah kumpulan yang kami sudah biasa kenal”, jelas Akim.

_dsc6673

ATM juga turut teruja apabila muzik video mereka dihasilkan oleh CST Production yang hasil kerja mereka memang diakui terbaik.

“CST Production mempunyai rekod yang sangat baik dalam penghasilan video. Jadi kami juga inginkan muzik video yang dihasilkan oleh CST”, jelas Zimie.

whatsapp-image-2018-02-06-at-2-38-31-pm-1

Sepanjang 5 hari penggambaran di Pulau Jeju, banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh ATM dan juga seluruh kru penggambaran terutama sekali terpaksa berhadapan dengan cuaca di sana yang sangat sejuk.

“Sejuk satu hal, saya perlu ‘miming’ dalam keadaan menggigil dan menahan kesejukan. Kami juga terpaksa berhadapan dengan ribut salji”, jelas Akim.

whatsapp-image-2018-02-06-at-2-41-32-pm

Cuaca sejuk dan bersalji ditambah angin kencang menyukarkan lagi pergerakan setiap anggota ATM. Bukan sahaja AKim yang perlu berlakon, tetapi setiap ahli ATM juga perlu bermain alat muzik masing-masing dalam keadaan menahan sejuk.

“Kami perlu berlakon di dalam sejuk dan angin kencang. Namun kami hanya memakai jaket dan bukannya pakaian untuk musim sejuk” jelas Zimie.

whatsapp-image-2018-02-06-at-2-44-22-pm

Antara lokasi-lokasi menarik yang dirakam yang dapat dilihat di dalam muzik video Lagu Untuk Laila termasuklah Saryeoni Forest Path, Abu Oreom, Maze Land, Jeju Stone Park dan banyak lagi.

_dsc7889

whatsapp-image-2018-02-06-at-2-41-31-pm-1

Selain itu, Akim turut mewarnakan rambutnya kepada warna perang muda untuk memberi kelainan kepada muzik video kali ini.

whatsapp-image-2018-02-06-at-2-41-31-pm

“Saya mewarnakan rambut untuk memberikan penampilan yang berbeza untuk muzik video ini. Tetapi selepas melihat rupa yang terbaru ini saya rasa macam nak kekalkan imej berambut perang ini.

Sebagai penyanyi, imej di atas pentas sangat penting. Dan bila saya berambut perang sebegini saya dapat rasakan sesuatu yang berbeza bila beraksi”, jelas Akim.

Jangan lupa untuk saksikan muzik video istimewa Lagu Untuk Laila di laman sesawang SURIA.MY, Facebook SURIA Malaysia dan YouTube SURIA TV.

Terima Kasih kepada Air Asia X, Wilayah Istimewa Khas Jeju (Special Self Governing Province) dan Vacasia Tours & Travel kerana sudi bekerjasama menjayakan muzik video ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!