84895

Neelofa Akhirnya Beri Respon Tentang Isu Suplemen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas dikecam oleh pelbagai individu termasuklah beberapa selebriti tempatan, akhirnya Neelofa telah mengeluarkan kenyataan tentang isu mempromosikan suplemen (makanan tambahan) kepada bayi yang menjadi tular di media sosial.

Dalam status di akaun Twitter miliknya, Neelofa mengakui dia menyedari tentang isu yang sedang diperkatakan. Katanya lagi, pihak berkenaan sedang mengenal pasti dan berusaha untuk menyelesaikan kekeliruan yang terjadi.

screenshot_2018-02-07-14-22-51-817

Sebelum ini Neelofa dihentam teruk gara-gara memuatnaik foto dirinya mempromosikan suplemen di Instastory miliknya yang menyatakan bahawa bayi juga boleh mengambil suplemen itu.

whatsapp-image-2018-02-05-at-8-03-27-pm-1whatsapp-image-2018-02-05-at-8-03-27-pm

Disebabkan foto itu, ramai individu telah menghentam Neelofa termasuklah doktor, pelakon dan juga model yang tidak berpuas hati dengan cara Neelofa mempromosikan produk berkenaan.

whatsapp-image-2018-02-05-at-8-03-26-pm

Selepas memuatnaik status di Twitter, rata-rata pengikutnya memberikan sokongan serta memuji keberanian Neelofa untuk mengakui dan menyedari tentang isu yang terkait dengannya.

Namun sebagai seorang selebriti, Neelofa juga tidak terlepas dari kecaman yang dilemparkan kepadanya biarpun sudah membuat kenyataan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!