72250

Neelofa Dan Fattah Amin Tidak Bertegur Sapa? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini kru Suria berkesempatan menghadiri malam Anugerah Stail EH! yang berlangsung di Bangsar.

Anugerah yang mengiktiraf gaya serta kecantikan selebriti tempatan itu dihadiri oleh ramai selebriti dan tidak terkecuali Neelofa dan Fattah Amin.

Mereka berdua masing-masing tercalon pada malam itu dan juga turut membawa pulang trofi kemenangan.

_20170505_121507-1

Walaubagaimanapun kedua selebriti itu dilihat duduk berjauhan dan tidak bertegur sapa sepanjang waktu majlis berlangsung. Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah hubungan mereka sedang dingin ketika ini?

Atau adakah mereka cuba untuk tidak dilihat duduk berdua-duaan supaya tidak menimbulkan gosip, hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

_20170505_121431

Fenomena #Lofattah yang dicetuskan bekas Dewi dan Hero Remaja ini telah telah melanda negara sejak hujung tahun lepas sehingga menimbulkan gosip cinta di antara mereka.

Namun pada awal tahun ini, hubungan mereka berdua dikatakan mulai renggang apabila Neelofa membuat kenyataan sedang berkawan dengan seorang kerabat diraja.

Spekulasi ini menjadi semakin kuat apabila Neelofa dikatakan telah menarik diri dari membintangi drama Hero Seorang Cinderella.

_20170505_121422

Akan tetapi bagi peminat yang masih merindui gandingan sensasi ini, mereka bakal muncul dengan telemovie Suri Hati Mr Pilot Raya pada hari raya pertama nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!