72278

Neelofa Dan Fattah Bakal Bergandingan Di Layar Perak - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Apabila bercakap mengenai dua selebriti popular ini mungkin ada yang teruja dan ada juga yang sudah muak dan jelak.

Tetapi satu yang tidak dapat dinafikan adalah populariti mereka berdua yang pernah mencetus fenomena seluruh negara menerusi drama hit Suri Hati Mr Pilot.

Itu belum lagi dikira apabila ada peminat mereka yang mahu melakukan solat hajat untuk menyatukan pasangan ini. Begitulah kuatnya ikatan kimia antara mereka.

screen-shot-2017-05-16-at-9-11-40-am

Jika tahun lepas Neelofa bergelar Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), tetapi tahun ini gelaran itu bertukar tangan kepada Fattah Amin.

Namun trofi Pengacara Paling Popular tetap dipertahankannya pada tahun ini.

screen-shot-2017-05-16-at-9-13-52-am

Neelofa yang ditemui sewaktu ABPBH 3.0 Ahad lalu berkata, beliau tiada hak untuk meminta peminat-peminat #Lofattah untuk ‘move on’ kerana jenama #Lofattah sangat kuat.

“Mereka telah jatuh cinta dengan gandingan kami, apalah kuasa saya untuk tarik perasaan itu daripada hati mereka”. Jelasnya.

screen-shot-2017-05-16-at-9-11-18-am

Beliau juga mengakui kemenangannya di ABPBH dan Anugerah Meletop adalah disebabkan #Lofattah.

Saat ditanya adakah beliau bersedia untuk bergandingan semula dengan pasangan paling serasinya itu dalam naskhah baharu, Neelofa berkata beliau tiada masalah untuk berlakon kembali bersama Fattah.

qb2qgz“ Saya tiada masalah untuk berlakon balik bersama Fattah, malah kami telah mendapat tawaran filem untuk digandingkan bersama,. Tetapi saya masih belum memberi kata putus”.

Hubungan pasangan ini sebelum ini pernah dikatakan dingin sehingga Neelofa terpaksa menarik diri dari sebuah drama yang menggandingkan mereka berdua di atas sebab yang tidak diberitahu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!