85119

Neelofa Perjelas Kenapa Pilih Kelab Malam Untuk Lancar Tudung Terbaru - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menjadi trending di media sosial malam semalam hingga ke hari ini kerana telah melancarkan koleksi tudung terbarunya serta sambutan hari jadi di sebuah kelab malam terkenal  di ibu kota.

Rata-rata netizen mengecam tindakan Neelofa yang memilih kelab malam sebagai tempat untuk . Melancarkan koleksi hijab yang dikatakan tidak sesuai dan bertentangan dengan ajaran Islam.

screenshot_2018-02-20-13-42-22-874

Tidak mahu terus melatah, Neelofa menjelaskan kepada pihak media kenapa beliau memilih untuk membuat acara yang turut meraikan hari jadinya di tempat sebegini.

screenshot_2018-02-20-13-38-19-649

” Sebenarnya bila kami mula-mula fikirkan konsep, mereka ada cadangkan beberapa lokasi untuk Lofa pilih. Tetapi tempat ini (TREC KL) adalah satu-satunya tempat yang sudah ada kelengkapan yang Lofa mahukan seperti LED, lampu dan sebagainya.

Jika mahu membina semula kelengkapan ini di tempat lain, saya perlu bayar lapan kali ganda dari harga yang ditawarkan disini. Jadi saya berani ambil risiko, bukan kita nak pergi ‘clubbing’ ke apa. Saya cuma nak buat majlis dan lancarkan hijab saya.

Kita ubah tempat ini, kia tukar acara majlis. Kita akan pastikan acara ini tidak akan melencong sampai orang akan ingat perkara yang sebaliknya”, jelasnya.

screenshot_2018-02-20-13-42-01-359

Pada malam itu, selain pelancaran hijab terbaru dari Naelofar Hijab yang diberi nama Be Lofa, Neelofa turut meraikan hari jadinya yang ke 29 bersama keluarga, teman-teman dan peminatnya.

Pelbagai acara menarik yang dilakukan antaranya permainan teka ayat, tiru nyanyian artis dan menghias kek hari jadi.

screenshot_2018-02-20-13-49-29-625

“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kita adakan permainan dan juga persembahan. Kalau ada orang nak kutuk juga pun saya tidak peduli. Saya gembira.

Kalau saya asyik nak puaskan hati semua pihak, sampai bila-bila pun saya tidak boleh buat apa-apa. Yang penting anda semua terhibur malam ini, saya berjaya capai objektif dan itu sudah cukup bagi saya”, ujarnya.

Apa-apa pun selamat hari jadi SURIA ucapkan kepada Neelofa dan semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang dilakukan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!