72245

Neelofa Pilih Lelaki Bertatu - Suria FM - Segalanya Hiburan
Gamnbar ihsan Instagram Neelofa
Gamnbar ihsan Instagram Neelofa

Baru-baru ini pelakon dan pengacara Neelofa ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya bersama seorang jejaka kacak.

miller1

Yang pastinya jejaka kacak itu bukan Fattah Amin tetapi Miller Khan seorang pelakon asal Malaysia yang popular di negara seberang.

miller3

Miller telah dipilih oleh Neelofa untuk berganding dengannya dalam kempen terbaru untuk Naelofar Hijab sempena Aidilfitri nanti.

miller-5

Neelofa sewaktu di temui di Anugerah Stail Eh! berkata, Miller adalah orang yang paling tepat untuk memegang watak itu.

miller4

Neelofa juga tertarik dengan fizikal Miller yang tampan serta sikap professionalnya sewaktu bekerja.

Saat ditanya adakah dia tidak risau orang mempertikaikan pemilihan Miller yang mempunyai badan dipenuhi tatu, Neelofa berkata dia bukan jenis yang menghakimi seseorang berdasarkan fizikal dan berharap masyarakat diluar sana lebih berpada-pada dalam memberi pendapat serta menghormati pilihan masing-masing.

Tambah Neelofa dia sangat gembira apabila Miller menerima tawaran ini dan berharap kempen ini akan menjadi sesuatu yang besar apabila dilancarkan nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!