73020

Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Duda Aktres Popular - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon popular Nelydia Senrose menafikan dakwaan bahawa beliau sedang bercinta bersama duda aktres popular. Malah desas-desus yang mengatakan mereka akan berkahwin juga tidak benar.

Menurut Nelydia, beliau mengakui mengenali jejaka itu dan pernah bertemu bersama. Tetapi bukanlah berdua-duaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Macam mana nak ajak kahwin kalau keluar makan berdua pun tak pernah”, katanya.

Kata Nelydia beliau kini selesa berstatus solo kerana pengalaman cinta yang lalu benar-benar memberi kesan terhadap hidupnya.

screen-shot-2017-07-12-at-1-36-50-pmGosip Nelydia bersama duda yang agak dikenali kerana pernah dua kali bercerai dengan dua orang aktres popular itu mula bertebaran apabila kelibat mereka berdua dilihat keluar bersama.

Malah kata Nelydia ada rakan-rakan artis yang turut bertanya hal berkenaan kepadanya.

“Saya pernah cakap kat dia saya tak nak ada ‘drama’ atau apa-apa yang boleh membawa ke arah negatif. Kalau nak berkawan sahaja tak apa, tapi kalau lebih dari itu mungkin tidak”, jelasnya.

Nelydia ditemui sewaktu majlis pelancaran pewangi baru keluaran Avon, Viva La Vita yang menyaksikan Nelydia Senrose dilantik sebagai dutanya.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!