72787

Netizen Samakan 'Veil' Izara Dengan Roti Tisu, Apam Balik & Tauhu Kering? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahniah SURIA ucapkan kepada aktres jelita Izara Aishah yang telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya iaitu Adib Khalid pada Jumaat lalu.

screen-shot-2017-11-20-at-4-17-11-pm

Izara kelihatan sungguh jelita pada hari pernikahannya dalam busana indah rekaan pereka tersohor negara Datuk Rizalman Ibrahim.

screen-shot-2017-11-20-at-4-16-58-pm

Namun apa yang menarik perhatian adalah ‘veil’ atau kerudung yang dipakai Izara pada malam itu yang menjadi bualan netizen seluruh negara.

screen-shot-2017-11-20-at-4-16-35-pm

Ramai yang bercakap mengenai kerudung bersaiz besar yang digayakan Izara pada majlis akad nikah itu.

screen-shot-2017-11-20-at-4-15-42-pm

Ada netizen yang menyamakan kerudung itu dengan alas meja, ada pula yang samakan dengan roti tisu, malah ada juga yang menyamakannya dengan tauhu kering dan apam balik.

screen-shot-2017-11-20-at-4-13-20-pm

screen-shot-2017-11-20-at-4-21-07-pm

screen-shot-2017-11-20-at-4-31-14-pm

Aduh kenapa sampai macam tu sekali? Agaknya mungkin netizen Malaysia ni lapar sangat kot tengok kerudung Izara tu. SURIA tengok cantik jer kerudung tu. Sopan lagi! Itulah yang dinamakan fesyen. Lagipun pemakainan kerudung besar ini adalah inspirasi dari wanita Melayu zmaan dahulu kala.

screen-shot-2017-11-20-at-4-15-29-pm

Izara pula mempunyai keturunan Pakistan. Jadi pasti dia mahu menerapkan kedua budaya ini dalam busana nikahnya.

Apa-apa pun SURIA doakan semoga perkahwinan Izara dan Adib bahagia selamanya hingga ke Jannah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!