72871

Netizen Simpati Dengan Iqram Dinzly - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sejak dua tiga hari ini, tular di media sosial video Iqram Dinzly yang dikatakan terlalu memprovokasi sehinggakan ada pergerakan yang berunsur lucah.

Melihatkan telatah Iqram yang dilihat luar biasa daripada apa yang sebelum ini, kebanyakan para netizen berasa simpati dengannya.

screen-shot-2017-12-22-at-12-48-36-pm

Iqram yang baru sahaja kehilangan ayahnya yang pergi menghadap Ilahi sering memuatnaik gambar serta video di Instagramnya.

Ramai yang beranggapan bahawa Iqram sedang melalui fasa kemurungan atau depresi perasaan melihat dari gerak lakunya.

screen-shot-2017-12-22-at-12-40-33-pmNamun kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan tidak boleh terus menghakimi seseorang yang kita sendiri tidak mengenalinya secara peribadi.

SURIA percaya ramai di luar sana yang sayangkan Iqram. Iqram juga merupakan seorang yang baik dan murah dengan senyuman.

Diharap rakan-rakan Iqram dapat bersamanya untuk memberi semangat dan sokongan terutamnya selepas dia kehilangan ayah tercinta.

screen-shot-2017-12-22-at-12-42-23-pmSemoga Iqram sihat dan berada dalam keadaan sejahtera. Rindu nak tengok lakonan Iqram di kaca televisyen.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!