84885

Netizen Simpati Nasib Pelajar Bunuh Diri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam gempar apabila pelajar perempuan berusia 14 tahun yang telah 2 minggu koma bertarung nyawa selepas ditemui cuba menggantung diri akibat dituduh mencuri oleh guru sekolahnya.

Remaja perempuan yang bersekolah di Nibong Tebal itu dikatakan tertekan selepas dituduh mencuri sebuah telefon bimbit oleh gurunya sehingga nekad untuk membunuh diri.

Namun pelajar berkenaan sempat meninggalkan sepucuk surut kepada ibunya dengan memohon maaf serta mengakui dia tidak mencuri telefon bimbit berkenaan.

whatsapp-image-2018-02-02-at-4-35-28-pm

Selepas hampir seminggu bertarung nyawa, akhirnya pelajar itu telah meninggal dunia pagi semalam.

Rata-rata netizen di Malaysia meluahkan rasa kesal dan marah dengan guru yang telah menuduh pelajar berkenaan mencuri telefon bimbitnya serta memalukan pelajar berkenaan.

Selepas siasatan, telefon bimbit guru berkenaan dikatakan tercicir di sebuah kedai makan dan ini lebih menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia selepas mengetahui punca sebenar.

Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi di Malaysia kerana kehilangan sebuah nyawa lebih berharga dari kehilangan sebuah telefon bimbit yang boleh diganti baru.

Takziah kepada keluarga mangsa.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!