72524

Netizen Teruja Prince Mateen Bakal Beraksi Di Sukan Sea Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kehangatan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur semakin terasa bahangnya. Mana tidaknya beberapa hari sahaja lagi Malaysia bakal menjadi saksi liga sukan terbaik di rantau Asia Tenggara ini.
abdul-mateen-pangeran-super-tampan-brunei-darussalam

Tetapi dalam keterujaan menyambut kedatangan Sukan SEA, netizen sudah mula bercakap mengenai kedatangan atlet yang paling dinanti siapa lagi kalau bukan putera idaman ramai, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen yang mewakili negara Brunei Darussalam untuk acara sukan ekuestrian.

i3xp9yo

Sebelum ini Pengiran Muda Abdul Mateen pernah menjadi bualan seluruh dunia tidak terkecuali di Malaysia kerana ketampanan beliau yang menambat hati rakyat jelata.

pangeran-abdul-mateen_20170323_192223

 

d473091d8075a06eb624caf26434d07fKini rakyat Malaysia berpeluang bertemu dan melihat sendiri putera idaman mereka di depan mata apabila beliau bakal beraksi bersama kuda kesayangannya pada temasya Sukan SEA ke 29 nanti.

 

5b0124704b23afd8614b9ca6bf2aac0a

Selain Pengiran Muda Abdul Mateen, rakyat Malaysia turut teruja menantikan aksi Menteri Belia Dan Sukan kita Yang Berhormat Khairy Jamaluddin yang akan turut beraksi sebagai atlet wakilan Malaysia dalam acara yang sama buat pertama kalinya.

screen-shot-2017-08-14-at-2-23-47-pm

Ayuh rakyat Malaysia sama-sama kita turun padang menyaksikan temasya Sukan SEA ke 29 yang bakal berlangsung bermula 19 Ogos ini. Majulah sukan untuk negara!

Kredit Foto : GQ Thailand

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!