72656

#NominateAydaJebat Untuk Anugerah MTV Eropah Trending - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hashtag #NominateAydaJebat trending di Twitter selepas nama Ayda Jebat telah dicalonkan oleh MTV Asia sebgai calon awal untuk merebut tempat bagi anugerah ‘Southeast Asia Social’ di Anugerah MTV Eropah.

screen-shot-2017-10-03-at-1-32-36-pm

Ayda adalah satu-satunya artis dari Malaysia yang telah terpilih untuk merebut tempat bagi pencalonan ‘wild card’.

Untuk melayakkan Ayda menjadi calon, peminat perlu mengundi dengan dengan menghantar tweet berserta hashtag #NominateAydaJebat.

screen-shot-2017-10-03-at-1-34-27-pm

Ayda perlu bersaing dengan calon-calon dari negara Asia Tenggara yang lain seperti Raisa (Indonesia), Sezairi (Singapura), Palitchoke Ayanaputra (Thailand) dan The Ransom Collective (Filipina).

Jika Ayda menang undian ini, dia bakal terbang ke London untuk Anugerah MTV Eropah atau EMA pada November nanti yang akan dihoskan oleh Rita Ora.

screen-shot-2017-10-03-at-1-35-49-pm

Tahniah dari Suria buat Ayda Jebat kerana telah tercalon. Ayuh sama-sama kita undi Ayda! #NominateAydaJebat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!