86927

Padah Persenda Hukum Agama, Instagram Faiz Roslan Di Gam - Suria FM - Segalanya Hiburan

Apa nak jadi dengan anak muda zaman sekarang? Baru menempa populariti yang tidak seberapa, sudah pandai untuk berlagak dan besar kepala.

Situasi yang sama turut berlaku kepada ‘instafamous’ Faiz Roslan yang telah mencetuskan api kemarahan rakyat Malaysia apabila dengan selamba mengakui tidak berpuasa dan juga tidak solat lima waktu.

Dalam video secara langsung yang dimuatnaiknya di Instagram, Faiz turut menunjukkkan salah seorang rakannya yang sedang makan di saat umat Islam sedang berpuasa.

Perbuatan biadap itu telah mendpat kritikan maha dasyat dar netizen serta beberapa selebriti tempatan mengambil langkah untuk menegurnya secara terbuka di media sosial masing-masing.

sebab tu la aku sokong apa sharnaaz ckp !! ckp baik baik pujuk tak mkn saman budak ni.. berani sgt sgt dah dia .. orang sampaikan .. orang tegur .. sembunyi sembunyi x jln .. bukan suka suka nk marah ko.. tapi bersebab!! kami pompuan if x puasa pun malu nk ckp x posa . kau?? bangga nau nau .. kalau x tegur esok Allah tanya knapa x tegur? atleast habis dah bahagian kami . kenapa tegur terang terangan? sb .. dia ni tegur sembunyi x jln dah kalau ya pun nk femes jgn sampai permainkan puasa dan solat 🤥 kami pun x baik dik so sama sama lah perbaiki . moga Tuhan beri kamu kesempatan sebelum di tarik nikmat yg kamu ada skrg. kamu kan femes👎 jika kita x puasa kita jgn upload video makan di bulan puasa dik.. #penghinaanramadhan jangan sombong dgn Allah .. kalau dgn ulama pun kamu tak nak dengar .. kamu nk dgr dari siapa.. oh ya .. lupa kak za yes . saya seorang penyanyi dan pelakun .. 22 tahun yg lalu .. kehidupan saya x tentu arah .. betul✅ bnyk kejadian yg buat saya berubah .. antara nya Allah antar teguran dari netizen !! saya risau sb saya ada mak ayah .. dan teguran netizen buat saya bnyk merenung sampai bila saya nk mcm tu .. dan ada satu teguran yg buat saya berubah .. teguran dari Allah .. buat saya terus nk ubah dari segala segi .. so pada yg ckp kak za pun nari lah terkinja tu dulu dik !!dan itu adalah pekerjaan !!bukan nari bodoh bodoh ! itu kehidupan kak za yg lalu.. kak za kalau boleh nk ubah masa supaya kak za bukan yg itu .. tetapi kak za yakin .. kehidupan masa lalu adalah pengajaran agar kita ubah diri kita supaya jadi yg lebih baik. org tegur jgn sombong! ambil la positif .. kalau awak pk negative teguran org . hurmm x tau la nk ckp mcm mana kan .. ni kalau dah x boleh tegur camano! nk bekap tera mana lagi dik.. kita ubah perlahan lahan jujur dan istikhomah ok . manala tau teguran dari kami yg kecil ni buat kamu jadi lebih baik malah lebih baik .

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0187785456 (@azzaelite) on

Malah netizen turut bersatu untuk ‘report’ akaun Instagram Faiz Roslan sehingga akaunnya kini sudah tidak boleh diakses.

Itulah natijahnya andai bermulut celupar. Bab-bab agama jangan dibuat main dik. Awak tu masih muda, masih banyak lagi yang harus awak tempuhi. Semoga awak jadikan perkara ini sebagai pengajaran. Perbuatan awak akan memberi pengaruh buruk kepada pengikut awak. Sekurang-kurangnya hormatilah bulan Ramadan. Waktu sekolah dulu belajar Pendidikan Islam kan?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!