84870

'Pelamin Yuna' Dapat Permintaan Tinggi Dari Bakal Pengantin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hujung minggu lalu telah berlangsung majlis perkahwinan penyanyi bertaraf antarabagsa Yunalis Zarai dengan pasangannya Adam Sinclair di sebuah resort di Bentong Pahang.

Menariknya, latar belakang majlis perkahwinan Yuna yang serba indah serta dekorasi majlis akad nikahnya telah menjadi bualan netizen seluruh Malaysia.

screenshot_2018-01-29-11-57-38-103

Malah katanya, ramai juga bakal-bakal pengantin di Malaysia yang sudah mula menempah ‘singgahsana’ atau pelamin persis yang dimiliki Yuna.

Dekorasi yang indah itu telah direka oleh seorang graduan dari UiTM Shah Alam bernama Firdee Othman di bawah syarikatnya sendiri iaitu The Calla.

Namun paling kelakar apabila tular di media sosial bakal pengantin yang mahukan pelamin ala-ala Yuna tetapi dengan berbekalkan bajet di bawah RM200.

img_20180129_115508img_20180129_115515

Aduh macam mana tu dik? RM200 tu silap-silap nak beli bunga sejambak pun belum tentu cukup dik. Berpada-pada lah kalau mahu kelihatan gah. Setiap hasil yang cantik pasti kosnya pun perlu lebih sedikit.

Apa-apa pun tahniah dari SURIA buat Yuna dan Adam Sinclair.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!