72600

Peminat Kecewa Mila Tidak Terpilih Top 12 AF Megastar - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pemilihan siapa yang mara sebgai Top 12 AF Megastar telah pun berlaku Ahad lepas.

Keputusan yang dibuat oleh juri professional itu telah menyaksikan 8 peserta lelaki dan hanya 4 peserta perempuan yang terpilih.

screen-shot-2017-09-11-at-8-16-30-am

Perkara itu masih diperkatakan sehingga ke hari ini terutamanya tentang Juara AF 5 siapa lagi kalau bukan Mila Jirin yang tidak tersenarai dalam kelompok 12 teratas.

Ramai peminat yang kecewa apabila nama penyanyi bertubuh genit ini tidak dipanggil pada malam penentuan itu.

screen-shot-2017-09-12-at-12-52-11-pmscreen-shot-2017-09-12-at-12-52-43-pmscreen-shot-2017-09-12-at-12-53-50-pm

Rata-rata peminat berasa sedih dan kecewa kerana mereka merasakan ada peserta yang terpilih dalam Top 12 tidak layak berbanding Mila.

Datuk Aliff Syukri turut kecewa dengan keputusan juri yang tidak memilih Mila sebagai salah seorang Top 12

screen-shot-2017-09-12-at-12-39-57-pm

Dalam konsert homecoming yang pertama, Mila telah menyampaikan lagu Putus Terpaksa dari Ziana Zain.

screen-shot-2017-09-12-at-12-57-53-pm

Tak apa lah Mila, mungkin rezeki Mila bukan di AF Megastar. Teruskan perjuangan dalam industri kerana Mila seorang yang berbakat. Ramai yang rindu nak dengar lagu baru dari Mila.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini. 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!
Enable referrer and click cookie to search for pro webber