84880

Peminat Malaysia Masih Menunggu Filem Padmaavat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Peminat filem Bollywood di Malaysia masih menunggu  filem kontroversi Padmaavat untuk mendapat kebenaran tayangan di Malaysia.

Filem arahan sutradara terkenal Bollywood iaitu Sanjaya Leela Bhansali itu telah ditayangkan di seluruh dunia pada 25 Januari lalu namun tidak di Malaysia.

Dikhabarkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah menyekat filem itu daripada ditayangkan di Malaysia kerana jalan ceritanya yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama di Malaysia.

Filem yang dibintangi Deepika Padukone dan Ranveer Singh itu mengisahkan tentang cinta antara Sultan beragama Islam dengan Puteri beragama Hindu yang turut mencetuskan kontroversi di India beberapa bulan lalu.

Jika benar filem ini telah diharamkan tayangan di Malaysia, ini bermakna Malaysia menjadi negara pertama dan satu-satunya negara di dunia yang mengharamkan tayangan filem Padmaavat.

Sehingga hari ini, filem Padmaavat terus mendaki carta-carta box office di India serta di beberapa negara di seluruh dunia. Lakonan Deepika, Ranveer dan Shahid Kapoor juga turut mendapat pujian melambung daripada peminat dan bintang-bintang Bollywood.

Di media sosial, rata-rata peminat di Malaysia kecewa dan masih berharap untuk filem Padmaavat mendapat kebenaran tayangan di Malaysia. Malah ada peminat yang sanggup ke luar negara antaranya Singapura.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!