72813

Peminat Menangis Lihat Video Pernikahan Fattzura - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan pengantin baru paling popular ketika ini siapa lagi kalau bukan Nur Fazura dan Fattah Amin telah mengejutkan ramai pihak apabila telah bernikah pada Isnin lalu.

Semalam menerusi akaun Instagram, Fazura telah berkongsi video detik bersejarah dalam hidupnya itu bersama peminat.

Video itu lantas menjadi tular di media sosial terutama peminat-peminat mereka yang sudah lama menantikan untuk melihat apa yang terjadi di hari pernikahan mereka.

Fazura kelihatan begitu jelita dalam persalinan serba putih rekaan teman baiknya sendiri iaitu Rizman Ruzaini. Fattah juga begitu tampan memakai Baju Melayu rona sepadan. Kedua-duanya kelihatan begitu bahagia.

Ribuan komen membanjiri akaun Instagram Fazura. Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan. Malah ada peminat yang menangis menonton video berkenaan.

screen-shot-2017-11-29-at-1-31-49-pm

Rakan-rakan selebriti juga tidak terkecuali untuk meninggalkan komen ucapan mereka.

Tahniah dari SURIA.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!