72455

Peminat Meratapi Pemergian Vokalis Linkin Park - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hari ini industri hiburan seluruh dunia dikejutkan dengan kematian vokalis kumpulan Linkin Park,Chester Bennington yang dikhabarkan telah membunuh diri.

Chester, 41 ditemui mati di dalam rumahnya di Palos Verdes berdekatan Los Angeles.

screen-shot-2017-07-21-at-12-19-50-pm

Menurut pegawai penguatkuasa yang mengedalikan kes ini, Chester dikatakan telah menggantung dirinya di dalam bilik sewaktu mendiang berseorangan. Chester ditemui di tingkat atas rumahnya oleh pembantu rumahnya.

screen-shot-2017-07-21-at-12-20-41-pm

Kematian Chester turut dikaitkan dengan mendiang Chris Cornell yang turut menggantung dirinya kerana Chester dikatakan berubah selepas kematian Chris. Ironinya, Chester memilih untuk membunuh diri di hari lahir Chris.

 

screen-shot-2017-07-21-at-12-28-42-pmscreen-shot-2017-07-21-at-12-28-51-pmChester mempunyai sejarah penggunaan bahan terlarang serta ketagihan alkohol. Mendiang pernah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak hasil hubungannya dengan 2 orang pasangan.

screen-shot-2017-07-21-at-12-20-48-pm

Peminat Chester dan Linkin Park dari seluruh dunia turut meratapi pemergiannya. Antara yang terkesan sudah tentu rakan-rakan selebriti yang mengenali Chester. Media sosial dipenuhi dengan ucapan serta penghormatan terakhir buat mendiang.

Sumber : dailymail.co.uk

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!