85201

Peminat Sedih Gigi Hadid & Zayn Malik Berpisah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Siapa sangka siapa menduga pasangan ideal Hollywood supermodel Gigi Hadid dan superstar Zayn Malik akhirnya berpisah jua selepas 2 tahun menyulam cinta.

Mereka berdua masing-masing mengumumkan berita tentang perpisahan mereka di akaun Twitter masing-masing.

whatsapp-image-2018-03-15-at-11-09-44-am-1

whatsapp-image-2018-03-15-at-11-09-44-am

Walaubagaimanapun mereka telah berpisah dengan cara baik dan saling memuji masing-masing tanpa ada sengketa.

Berita perpisahan mereka telah menjadi trending di seluruh dunia. Di Twitter nama Gigi dan Zayn menjadi ‘trending worldwide’ gara-gara berita ini.

zayn-malik-and-gigi-hadid-shutterstock

Kedua-dua peminat bekas pasangan kekasih ini nyata terkejut dan seakan tidak dapat menerima kenyataan kerana Gigi dan Zayn selalu kelihatan saling mencintai satu sama lain.

Malah Zayn juga telah membuat tatu mata berbentuk mata Gigi di bahagian dadanya pada Januari lalu. Zayn juga telah ‘unfollow’ akaun Instagram Gigi serta ibunya Yolanda Hadid. Namun gambar-gambarnya bersama mereka tidak dipadam.

5a5e223255ac5631008b464b-750-563

Namun ramai yang memuji bagaimana mereka berdua masih saling berkawan dan tidak memburukkan satu sama lain. Sehingga kini punca perpisahan mereka masih belum diketahui.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!