
/wp-content/uploads/2021/08/Tahniah.png)
Pengerusi Koperasi Muafakat Makmur Berhad, Hishamuddin bin Abdullah merupakan antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-72 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri 2021 pada 23 Ogos yang lepas.
Makmur Gold merupakan syarikat perniagaan berasaskan emas yang telah membuka 30 cawangan Ar-Rahnu Patuh Syariah di seluruh Malaysia. Makmur Gold menawarkan kemudahan tunai dengan mencagarkan barangan kemas serta membuka Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) yang membantu dan memberi beberapa kelebihan kepada orang ramai yang mendaftar sebagai ahli Ko-Makmur.
Kerjasama antara Makmur Gold bersama Suria FM bermula pada tahun 2020 menerusi tajaan segmen Suria cinta selama setahun pada Julai 2020 hingga Ogos 2021.
Bukan itu sahaja, Makmur Gold juga telah menaja beberapa program Suria FM sempena bulan kemerdekaan tahun 2020. Antara program tersebut adalah Sketsa Merdeka yang ke udara sepanjang bulan Ogos menerusi segmen Team Pagi Suria dan juga Team Pagi Suria (TPS) Merdeka Tour yang menjelajah ke beberapa lokasi terpilih di seluruh semenanjung Malaysia.
Suria FM merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Hishammudin di atas pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat ini.
“Dikenali sebagai seorang yang bekerja keras dan ikhlas dalam membina empayar Makmur Gold, sudah tentu kami di Suria FM tumpang gembira di atas pencapaian Datuk Hishammuddin. Terima kasih di atas hubungan baik dan kerjasama positif yang berterusan kepada Suria FM dan diharapkan agar Datuk Hishammudin dapat terus memimpin Makmur Gold dan semakin berjaya dalam perniagaan.”
Roslinda Abd Majid (DJ Lin), Pengurus Besar Suria FM –