72327

Penumpang Trauma Kejadian Bom Palsu MH128 - Suria FM - Segalanya Hiburan

40f8c77800000578-4559314-image-a-45_1496249176869

Pesawat Malaysia Airlines MH128 yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur pada Rabu malam waktu tempatan terpaksa berpatah balik ke Melbourne apabila mendapat ancaman bom dari seorang penumpang.

Suspek seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Sri Lanka itu telah menimbulkan kekecohan di atas pesawat serta cuba untuk masuk ke dalam kokpit.

mh128-cops

Sewaktu kejadian berlaku, pesawat berkenaan baru berlepas selama 14 minit sebelum terpaksa berpatah balik.

Suspek yang mabuk ketika kejadian itu dipercayai menghidapi tekanan mental.

664969388001_5454893073001_5454874311001-vs

Beberapa penumpang dan kru pesawat berjaya menangkap serta mengikat suspek dengan menggunakan tali pinggang keselamatan di tempat duduk pesawat.

1464340941403

Menurut salah seorang saksi di tempat kejadian, suspek telah mengancam untuk meletupkan pesawat.

Selepas kru pesawat meminta pertolongan, suspek lari ke bahagian belakang pesawat tetapi berjaya dihalang oleh dua orang lelaki.

Kebanyakkan penumpang trauma dengan kejadian tersebut. Malah ada yang beranggapan bahawa pesawat tersebut benar-benar akan terhempas.

melbourne-mas-010617_2

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Aziz Ab Kaprawi berkata, tiada unsur rampasan pesawat. Bom yang didakwa dimiliki oleh suspek juga sebenarnya adalah ‘powerbank’ (pembekal kuasa)

Kesemua penumpang dan kru pesawat dilaporkan selamat dari sebarang kecederaan.

Sumber : The Star

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!