88284

Perancis Ulangi kejayaan 20 Tahun Lalu - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pada ketika ini seluruh rakyat Perancis serta peminat-peminat tegar pasukan itu sedang masih dalam ‘mood’ meraikan kemenangan besar Perancis di perlawanan akhir Piala Dunia Rusia 2018 semalam.

Perancis telah berjaya mengulangi kejayaan mereka pada Piala Dunia 1998 apabila berjaya menewaskan Croatia 4-2 di perlawanan yang berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow lewat malam tadi.

Skuad Les Bleus kendalian Didier Deschamps mengulangi kejayaan ketika menjadi tuan rumah pada tahun 1998 apabila merangkul trofi bola sepak paling berprestij di muka bumi itu buat pertama kali.

Perancis turut merupakan pasukan pertama yang menjaringkan empat gol pada aksi final Piala Dunia selepas Brazil melakukannya pada tahun 1970.

Sementara itu, penyerang lincah Atletico Madrid, Antoine Griezmann muncul Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia 2018 pula dimenangi perancang tengah Croatia, Luca Modric, manakala Pemain Muda Terbaik menjadi milik Kylian Mbappe (Perancis).

Walaupun tewas kepada Perancis, namun rata-rata penyokong Croatia terutamanya rakyat negara itu berbangga dengan pasukan Croatia kerana buat pertama kalinya telah berjaya membawa negara itu ke perlawanan akhir Piala Dunia.

Tahniah Perancis dan Croatia!

 

Sumber : Kosmo Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!