90905

Pesawat Lion Air Membawa 189 Penumpang Terhempas Ke Dalam Laut - Suria FM - Segalanya Hiburan

Awal pagi ini kita menerima berita duka apabila pesawat Lion Air yang dalam perjalan dari Jakarta ke Pangkal Pinang dilaporkan terhempas ke dalam laut selepas 13 minit berlepas dari Jakarta Indonesia.

Pesawat Lion Air JT 610 itu meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.

Ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).

“Pesawat itu disahkan telah terhempas,” jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, dipetik sebagai berkata oleh portal berita Reuters.

Pesawat itu dipercayai terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat. Menurut laporan awal, terdapat 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.

Ketika ini kerja-kerja menyelamat mangsa yang terlibat sedang dijalankan oleh badan penyelamat Indonesia. Serpihan bangkai kapal terbang dan barang-barang peribadi milik mangsa telah ditemui timbul di lokasi nahas.

SURIA doakan semoga tugas menyelamatkan mangsa nahas akan dipermudahkan.

 

Sumber : Astro Awani

Kredit Foto – Tribun Jabar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!