90257

Polis Buka Semula Siasatan Kes Rogol Melibatkan Cristiano Ronaldo - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pihak polis membuka semula siasatan ke atas kes tuduhan merogol yang dikenakan ke atas pemain bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo yang dikatakan berlaku pada tahun 2009.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Kathryn Mayorga mendakwa pemain Juventus itu telah memaksanya melakukan hubungan seks di Hotel Las Vegas pada tahun 2009.

Ronaldo dikatakan telah memilih untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah di mana wanita berkenaan bersetuju untuk membuat tuduhannya secara peribadi.

Walaubagaimanpun Ronaldo dikatakan tidak memenuhi salah satu syarat penyelesaian, dan perjanjian itu tidak sah. Dalam satu wawancara dengan majalah Der Spiegel, Mayorga berkata dia telah memberanikan diri untuk bersuara selepas kempen #MeToo.

Pada hari Selasa, Jabatan Polis Las Vegas mengesahkan ia telah membuka semula siasatan ke atas dakwaan rogol oleh Mayorga tetapi mengatakan bahawa dia tidak menamakan suspek pada masa itu.

Mayorga berkata dia pada mulanya bersetuju untuk mencium Ronaldo supaya pemain bola sepak itu akan pergi meninggalkannya sendirian tetapi akhirnya dia memaksanya untuk melakukan hubungan seks.

Ronaldo walaubagaimanapun menafikan dakwaan Mayorga. Peguam bola sepak, Christian Schertz, berkata laporan majalah Spiegel secara nyata menyalahi undang-undang dan melanggar hak peribadi anak guam mereka dengan cara yang sangat serius dan merupakan salah satu pelanggaran hak peribadi paling serius dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja keputusan hasil siasatan pihak berkuasa nanti sama ada Cristiano Ronaldo bersalah ataupun tidak.

 

Sumber : TheGuardian.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!