89651

Polis Buru Pembunuh Kucing - Suria FM - Segalanya Hiburan

Apa dah jadi dengan dunia sekarang ini? Semalam kita digemparkan dengan sebuah video yang menunjukkan dua orang lelaki membunuh seekor kucing dengan kejam.

Dalam video itu kelihatan dua orang lelaki yang merupakan pelanggan di ousat cucian dobi telah memasukkan seekor kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering dan membiarkan kucing itu sehingga mati.

Insiden tersebut berlaku pada kira-kira 12.30 tengah malam Selasa, yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik di Facebook.

Berikutan pendedahan pembunuhan kejam yang mengejutkan satu Malaysia itu, satu laporan polis telah dibuat dan kini kedua-dua pembunuh itu dikehendaki oleh pihak polis.

Semoga kedua-dua pembunuh kejam itu akan segera ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!