84902

Polis Minta 2 Artis Beri Dadah Kepada Farid Kamil Serah Diri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Berikutan kes yang mengaitkan dua artis yang dikatakan memberi dadah kepada Datuk Farid Kamil, pihak polis memberi tempoh sehingga esok kepada dua artis yang dikaitkan untuk tampil menyerah diri.

Ketua polis Selangor berkata foto penyanyi kumpulan R&B, dikenali sebagai Firdaus dan Ahmad Tajuddin atau Taj, akan disiar jika mereka gagal tampil.

“Oleh demikian, kita memberi masa sehingga esok kepada mereka bagi membantu siasatan,” kata Datuk Mazlan Mansor, lapor Utusan Online.

Beliau berkata polis sudah menghubungi mereka tetapi kedua-duanya belum tampil di mana-mana balai polis.

“Maklumat yang kita diterima Firdaus berada di Johor manakala Taj tidak dapat dikesan,” katanya.

Pada 31 Januari lalu, Farid membuat aduan mendakwa tiga rakan artis mempengaruhinya dengan dadah sehingga berkelakukan agresif di balai polis Kota Damansara bulan lalu.

Beliau menamakan seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi terkenal dengan irama R&B pada 1990-an dan seorang lagi pelakon.

Kelmarin, Sofi Jikan ditahan kerana positif ganja tetapi tidak diketahui sama ada pelakon KL Gangster itu antara tiga yang didakwa Farid.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan segala kebenaran akan terungkai dan keadilan dapat ditegakkan.

Sumber : Malay Mail

Foto : Berita Harian

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!