71725

Racun Diletak Dalam Minuman Kucing Gara-gara Tak Puas Hati - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tak tahu apa nak kata bila baca kisah tentang kucing yang diracun oleh penduduk setempat. Kalau tak suka pun, tak akan lah sampai nak racun. Apa yang difikir oleh manusia yang ada sikap macam tu time nak racunkan kucing tu? Haih, busuk betul sikap manusia macam ni!

Hanya disebabkan niat murni seorang lelaki ini untuk memberi perlindungan untuk haiwan kesayangan Nabi, dia dikecam sehingga menyebabkan si comel menjadi mangsa keadaan. Kucing yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa kekejaman manusia. Kejam!

Jom kita baca kisah seorang pemuda yang bengang apabila kucing-kucingnya terpaksa berhadapan dengan manusia yang berperangai kejam dan tidak mahu berkongsi bumi ciptaan DIA.

Aku x minta duit kau wahai pengecam!…Kurang ajar.. kau taruk racun dlm tangki air mineral nak bunuh anak2 aku?

Screen-Shot-2016-02-08-at-15.26.47

Aku di kecam membuat rumah kucing… aku pungut kucing terbiar, kucing sakit, kucing xde tuan, aku tempatkan rumah baru dan ada doktor kucing sukarelawan dan juga student poly yg sudi sokong aku, kos semua aku keluar, aku x minta duit kau wahai pengecam! Aku xpenah susahkan kau, tapi kau mmg bangsat pegi report jabatan haiwan suruh siasat bagaimana aku boleh buat rumah tuk kucing2. Kurang ajar.. kau taruk racun dlm tangki air mineral nak bunuh anak2 aku???? ini ke sikap manusia yg busy body?

Aku amat kesal dgn org2 yg xde perasaan kat haiwan kesayangan Nabi aku

Screen-Shot-2016-02-08-at-15.27.00

Belum siap rumah tu kau dh komplen akan pencemaran, kucing akan bising satu kampung??? Aku amat kesal dgn org2 yg xde perasaan kat haiwan kesayangan Nabi aku.. kalau kau brani jumpa aku terus lah, tak payah baling batu sembunyi tgn. Maaf kwn2 saya emosi skit. Tertekan. Sorry. Mohon sokongan moral saya tq. Pic bulus sekadar hiasan. Yg ori kasi suprise nanti.

Walau apa pun papa tetap akan buatkan rumah tuk kamu semua

Screen-Shot-2016-02-08-at-15.27.09

Meow2 semua. Walau apa pun papa tetap akan buatkan rumah tuk kamu semua. Doa kan papa murah reski amin. Info kucing terbiar di mana2 terus wssp kpd saya 01112777317 sekitar johor bahru, pasir gudang, masai, plentong, johor jaya, permas, taman daya, taman gaya, larkin, kempas.. terima kaseh daun keladi.

Yg diuji teruk, Aremir Putera Ahmad Za’alawi

 

Sumber : ohbulan

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!