72545

Rakyat Malaysia Diharamkan Menginap Di Vitti Lodge Osaka - Suria FM - Segalanya Hiburan

Minggu lalu kecoh satu Malaysia apabila tiga warganegara Malaysia dikatakan membuat onar di sebuah rumah tumpangan di Osaka Jepun.

Ketiga-tiga remaja itu dikatakan telah merosakkan sebahagian dinding rumah tumpangan berkenaan dengan menumbuk dinding itu.

Lebih jijik apabila salah seorang daripada mereka dipercayai telah membuang air besar di bahagian salur paip bilik mandi.

35844704383_c91dd89af4_cimages

Disebabkan fobia dengan kejadian memalukan itu, kini pemilik rumah tumpangan Vitti Lodge & Family itu telah mengharamkan kehadiran pelancong Malaysia untuk menginap di penginapannya.

Sebelum ini mereka telah pun mengharamkan pelancong dari dua negara iaitu China dan Korea kerana masalah yang sama.

Semoga kejadian memalukan negara seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang. Ingatlah setiap kali kita melancong di negara orang, kita turut membawa nama Malaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!