88998

Ras Adiba Bantah Golongan Transgender Guna Tandas OKU - Suria FM - Segalanya Hiburan

Personaliti televisyen Ras Adiba Radzi yang juga merupakan Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU (Orang Kurang Upaya) Sentral membantah saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) YB Fuziah Salleh untuk membenarkan golongan LGBT terutamanya transgender menggunakan tandas OKU.

Ras Adiba telah mengemukakan surat bantahan secara terbuka itu di akaun media sosial Instagram miliknya.

Kata Ras Adiba lagi, sebagai mewakili suara kepada golongan OKU, mereka tidak setuju dan tidak mahu berkongsi hak mereka dengan golongan LGBT yang sememangnya berupaya.

Tambah pembaca berita itu lagi, sudah sekian lama tandas untuk golongan OKU disalah guna oleh golongan yang berupaya untuk merokok, dijadikan bilik stor dan tempat pekerja pembersihan berehat.

Beliau juga turut meminta supaya YB Fuziah meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia kerana tindakan YB itu telah menyebabkan mereka semua berasa marah.

Isu penggunaan tandas OKU untuk golongan LGBT menjadi hangat selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh memberi saranan supaya masyarakat transgender menggunakan tandas OKU sebagai pilihan ketika berada di tempat awam sementara kerajaan berusaha mengatasi isu berkenaan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!