85554

Rendang Tak Rangup Punca Tersingkir, Juri MasterChef UK Dikritik Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tular di media sosial apabila peserta MasterChef UK yang berasal dari Malaysia iaitu Zaleha tersingkir gara-gara hidangan Rendang Ayam yang dimasaknya dikatakan tidak rangup oleh juri.

Salah seorang juri iaitu Greg Wallace telah mengkritik hidangan Nasi Lemak Bersama Rendang Ayam yang dimasak dengan mengatakan kulit ayam rendang tersebut tidak rangup dan kuahnya tidak boleh di makan.

screen-shot-2018-04-03-at-12-31-31-pmscreen-shot-2018-04-03-at-12-31-45-pm

Netizen yang menonton rancangan itu segera mengecam tindakan juri berkenaan yang disifatkan sebagai tidak tahu apa-apa tentang hidangan Rendang Ayam.

Mereka turut mempertikaikan kredibiliti Greg sebagai juri program masakan terkemuka dunia tetapi tidak tahu bagaimana Rendang Ayam dimasak.

Chef terkemuka Malaysia iaitu Datuk Chef Wan turut mengkritik cara penilaian juri Master Chef UK itu yang disifatkannya sebagai kurang berpengetahuan dalam masakan lauk Rendang Ayam.

screen-shot-2018-04-03-at-12-34-24-pmPesan Datuk Chef Wan kepada juri-juri itu lagi lebih baik mereka tidak berkata apa-apa dari memberikan komen yang salah.

 

Sumber Foto : MGAG & Instagram Chef Wan

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!