90480

Ridzuan Puzi Cipta Hatrik, Raih Emas Ketiga Di Sukan Para Asia 2018 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kejayaan demi kejayaan terus diukir oleh atlet para negara iaitu Mohamad Ridzuan Puzi apabila beliau telah mencipta hatrik dengan menghadiahkan pingat emas ketiganya di Sukan Para Asia 2018.

Ridzuan atau lebih mesra disapa Dik Wan telah menghadiahkan pingat emas ketiganya dalam acara lompat jauh T36 dengan turut melakarkan rekod baharu Asia, dengan catatan 5.49m.

Sebelum ini Dik Wan telah berjaya menghadiahkan dua pingat emas menerusi acara lari pecut 100m T36  dimana beliau telah memecahkan rekod dunia dan  acara 400m T36.

Dik Wan mengucapkan terima kaish kepada kedua ibu-bapanya yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah kerana tidak putus-putus mendoakan kejayaannya .

Dua tahun lalu Dik Wan pernah mencipta sejarah sebagai atlet Malaysia pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Dik Wan. Semangat serta perjuangan Dik Wan memang patut dicontohi oleh setiap anak muda untuk meraih kejayaan.

 

Sumber : Bernama, Stadium Astro

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!