72567

RM200 Sekeping, Ulat Tiket Cekik Darah Lagi. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bahang final bolasepak bagi merebut ibu segala pingat di Sukan Sea KL2017 semakin hangat terasa.

screen-shot-2017-08-29-at-10-32-28-amSemalam tular di media sosial gambar serta keadaan di perkarangan Stadium Shah Alam yang dibanjiri ribuan rakyat Malaysia yang beratur membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Thailand malam ini.

screen-shot-2017-08-29-at-10-12-53-amscreen-shot-2017-08-29-at-10-15-50-amscreen-shot-2017-08-29-at-10-16-02-am

Keadaan menjadi sesak apabila pembelian tiket menerusi ‘online’ telah dibatalkan. Ribuan manusia terpaksa beratur dari pagi untuk mendapatkan tiket. Malah ada yang bermalam di stadium semata-mata mahu mendapatkan tiket.

screen-shot-2017-08-29-at-10-13-20-amscreen-shot-2017-08-29-at-10-13-07-am

Namun apa yang tidak enak didengar apabila katanya ada individu yang menjual semula tiket yang dibeli mereka dengan harga yang tidak masuk akal. Ada yang menjual dengan harga mencecah sehingga RM200 sekeping.

screen-shot-2017-08-29-at-10-14-17-amscreen-shot-2017-08-29-at-10-18-41-am

screen-shot-2017-08-29-at-10-18-31-am

Harga asal sekeping tiket adalah RM21.20 termasuk gst. Rata-rata ulat tiket cuba mencekik darah dengan mengambil keuntungan berlipat kali ganda.

Walaupun setiap individu yang membeli hanya dihadkan kepada 5 keping tiket seorang, namun kegiatan ulat tiket ini masih berjalan seperti biasa.

screen-shot-2017-08-29-at-10-28-31-am

Gejala ulat tiket ini dijangkakan akan berleluasa sehingga ke malam final pada malam ini.

Adakah anda sanggup menghabiskan RM200 semata-mata demi sekeping tiket? Jawapannya ada pada anda sendiri. Pesanan Suria, buatlah pilihan yang bijak.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!