84820

Roslan Shah Tak Mahu Bergaduh Dengan Ifa Raziah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Mungkin ramai yang dah dengar cerita bahawa pengacara dari seberang tambak Roslan Shah ada perselisihan faham dengan artis serba boleh Ifa Raziah.

Menurut laporan mStar Online,pengacara Roslan Shah tidak berhasrat memanjangkan isu ‘perang mulut’ dengan artis versatil Ifa Raziah yang berlarutan sejak Disember tahun lalu.

whatsapp-image-2018-01-10-at-6-10-53-pm

Roslan menerusi kenyataan pada Rabu memberitahu dia membuat keputusan itu selepas mendapat nasihat pelbagai pihak selain atas semangat sesama Muslim.

Sehubungan itu, Roslan turut membatalkan sidang media berhubung perkara itu yang sepatutnya berlangsung pada 12 Januari ini (Jumaat).

“Assalamualaikum semua kawan-kawan. Atas nasihat banyak pihak dan atas semangat sesama Muslim, saya tidak berhasrat memanjangkan lagi isu ‘perang mulut’ antara saya dan Ifa Raziah.

“Saya dengan ini membatalkan pertemuan dengan pihak media yang pada awalnya saya rancang pada Jumaat (12 Januari 2018),” katanya.

Dalam pada itu, Roslan berkata, dia juga tidak akb memberi sebarang kenyataan atau maklum balas mengenai persengketaan mereka lagi selepas ini.

whatsapp-image-2018-01-10-at-6-05-57-pm

Kata Roslan dia ingin memberi tumpuan kepada kerjayanya selain menjaga ibunya yang sakit di Singapura.

“Selepas ini, saya hanya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai penghibur, mencari rezeki dan menjaga ibu yang sakit di Singapura.

“Seperti sebelum sebelum ini, saya tidak sesekali mencari mencari publisiti murahan dengan bergaduh sesama rakan artis lain.

“Terima kasih kepada semua kawan-kawan media dan peminat yang memberi sokongan moral dan semangat kepada saya sepanjang saya bergelar artis di Malaysia dan juga di Singapura.

“Di sebalik semua cabaran dan dugaan hidup yang saya lalui, saya selalu percaya ada hikmah yang terbaik yang hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa disebaliknya,” katanya.

 

sumber :mStar Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!