72412

Saleem Iklim Dimasukkan ke Hospital - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-07-06-at-4-57-10-pm

Baru sahaja kita mendengar khabar sedih tentang Mus May yang kini berada dalam keadaan koma, terbaru kami di Suria membaca laporan di mstaronline tentang penyanyi Saleem dari Kumpulan Iklim pula yang dimasukkan ke hospital.

Menurut laporan mstaronline, isteri Saleem, Juriah Bachok atau lebih mesra disapa Julia ketika dihubungi mStar Online memberitahu Saleem dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara malam Selasa akibat demam panas.

Jelas Julia, penyanyi kumpulan Iklim itu mengalami demam hampir sebulan lalu namun keadaannya semakin teruk sejak dua hari lalu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Sebenarnya dia sudah mengalami demam sejak sebulan tetapi sekejap baik dan kemudian demam kembali. Dia gagahkan diri sebenarnya namun semalam (Selasa) keadaannya semakin teruk dan suhu badannya meningkat sehingga 40 darjah celcius dan saya terus bawanya ke hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Julia berkata, Saleem sepatutnya melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian testis pada Khamis namun ia terpaksa ditangguhkan kerana demam dialaminya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada keadaan Saleem itu berpunca daripada ketumbuhan itu dan pihak doktor telah pun melakukan beberapa ujian bagi mengetahui keadaan sebenar.

“Setakat ini doktor masih belum tahu punca sebenar kenapa dia demam panas yang berlarutan atau sama ada ia ada kaitan dengan ketumbuhan di alaminya.

“Harap peminat-peminat dapat mendoakan kesihatan suami saya agar kembali pulih seperti sedia kala,” katanya.

Kami di Suria pasti mendoakan yang terbaik buat Saleem dan keluarganya.

Sumber : mstaronline

Untuk lebih banyak berita hiburan dan sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!