85562

"Saya Halalkan Jilatan Itu" – Datin Seri Umie Aida - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam SURIA berkesempatan menghadiri majlis tayangan perdana filem paling dinanti iaitu DUKUN yang berlangsung di TGV KLCC.

Filem arahan Dain Said yang dibintangi oleh Umie Aida, Faizal Hussein, Elyana, Nam Ron, Hasnul Rahmad dan Adlin Aman Ramlie itu mula ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei bermula hari ini.

04612057387e1de82fda3a6f7ad3da6a

Pujian harus diberikan kepada pemeran utama watak dukun iaitu Umie Aida yang begitu cemerlang memainkan watak Diana Dahlan.

Ramai yang sudah meramalkan primadona itu bakal menggenggam trofi pelakon wanita terbaik untuk festival filem tahun ini.

image

Umie sewaktu ditemui selepas tamat tayangan perdana berkata sebelum memulakan penggambaran beliau akan mempersiapkan diri dengan bacaan surah Al-Fatihah, Ayat Qursi dan 4 Qul baru beliau akan masuk ke set setiap hari tanpa gagal.

Biarpun sudah mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran untuk mengelak dari sebarang gangguan yang tidak diingini, namun sebagai manusia biasa Umie juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan yang mengundang malapetaka kepada dirinya.

“Ditakdirkan satu hari, betul lah orang cakap jangan leka walau sesaat. Ketika itu mereka sedang set ‘lighting’ dan saya pada ketika itu tidak bersih. Jadi saya berjalan disitu untuk mengambil mood nak tengok keadaan sekeliling penjara tu. Bila tiba di bilik terakhir tu saya cakap “apa agaknya mereka rasa kali terakhir?”.

Astaghfirullahalazim! Saya rasa tak sampai berapa saat saya terus menggigil yang saya rasa kalau saya tak kawal mungkin saya akan histeria. Saya terus berzikir dalam diri saya, saya tak tahu siapa saya tarik, saya terus keluar daripada kawasan tu dan menangis. Saya rasa macam dah tak boleh bernafas waktu itu. Itu antara pengalaman yang saya tak dapat lupakan”, jelasnya.

screen-shot-2018-04-05-at-12-57-17-pm

Dalam salah satu babak filem Dukun, terdapat babak dimana Umie sedang ‘menurun’ dan menjilat dinding di dalam sel penjara Pudu. Ditanya apakah yang membuatkan beliau berani beraksi sebegitu, kata Umie pada mulanya pengarah seni telah menampal kertas di dinding itu. Namun adegan itu kelihatan tidak kena dan akhirnya Umie terpaksa menjilat dinding yang sebenar.

“Astaghfirullahalazim! Tak tahu nak cakap saya. Bayangkan berapa puluh tahun punya dinding dan awak kena jilat. Saya halalkan saja jilatan itu!” ujarnya.

Masyarakat sering mengaitkan watak Diana Dahlan dengan individu yang dikatakan menjadi inspirasi kepada jalan cerita filem ini. Namun Umie ada pendiriannya yang tersendiri.

diana___s_umieaida_ritual03

“Saya Diana Dahlan adalah seekor ular yang saya cipta watak itu yang saya bela selama dua bulan dan dia adalah Diana Dahlan. Tapi sekiranya orang luar ingin mengatakan watak itu adalah si pola, si polan terpulang. Tetapi bukan daripada saya”, luahnya.

Jangan lupa untuk saksikan sendiri bagaimana hebatnya lakonan Umie Aida sebagai dukun yang bernama Diana Dahlan sesuai dengan gelarannya sebagai Primadona Malaysia yang pastinya akan membuatkan anda terpaku melihat lakonan hebat beliau.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!