72449

"Saya Hanya Duduk Rumah Selama 3 Bulan" – Ammar Titan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ammar Titan mengaku beliau hanya duduk di rumah selama lebih tiga bulan tidak muncul di mana-mana stesen televisyen mahupun radio.

Katanya lagi sepanjang tiga bulan tidak bertugas, beliau bermuhasabah diri atas apa yang telah berlaku malah percaya bahawa ini adalah ujian Allah swt untuk dirinya.

screen-shot-2017-07-19-at-7-42-23-pm

Namun disebalik segala kesulitan yang dialaminya, Ammar telah mendapat mendapat anugerah yang tidak tenilai apabila isterinya kini hamil 15 minggu.

Menurut Ammar, beliau bersyukur kerana selama lebih tiga bulan tidak mempunyai pendapatan tetap, beliau masih mampu hidup dengan wang hasil simpanannya.

screen-shot-2017-07-19-at-7-42-37-pm

Ammar juga dalam perancangan untuk membuka sebuah kafe kucing kerana sangat sukakan haiwan comel itu.

Katanya lagi, beliau kini dalam proses untuk membeli kucing dari Russia dan kos keseluruhan untuk membuka kafe tersebut menelan belanja lebih kurang RM30,000.

Ammar ditemui sewaktu Majlis Rumah Terbuka anjuran Indigital di Putrajaya.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!