72503

"Saya Rasa Macam Orang Gila Nyanyi Lagu I Am Me"- Syahrini - Suria FM - Segalanya Hiburan

20170805_222836

Konsert Nova 2017 yang berlangsung pada 5 Ogos 2017 di Stadium Malawati, Shah Alam bukan sahaja disertai artis-artis popular Malaysia dan Indonesia, malah diserikan dengan kemunculan spontan sensasi internet tempatan, Datuk Seri Vida yang juga dikenali sebagai DSV.

 

DSV yang hadir sebagai penonton dengan gelagat trademark-nya ketika Princess Syahrini sedang melakukan persembahan, menarik perhatian artis itu sekaligus menjemputnya naik ke atas pentas.

 

20170805_222727

Oleh kerana ini adalah kali pertama Syahrini bertemu dengan DSV maka berlakulah beberapa aksi mencuit hati antara keduanya.

Syahrini yang baru diberitahu mengenai populariti DSV yang kini di kemuncak menerusi single pertamanya, I Am Me, tidak kekok untuk bergurau senda dengan DSV yang mengajaknya menari sambil menyanyikan lagu ‘catchy’ itu.

Lebih mencuit hati penonton dan membuatkan suasana gegak gempita, apabila DSV berseloroh untuk membeli mahkota dan busana yang digayakan Syahrini pada malam itu.

 

“Saya rasa macam orang gila,” gurau Syahrini selepas disuruh menyanyi dan mengikut gelagat DSV menyanyikan lagu hit I Am Me.

20170805_234914

Selain Syahrini, Konsert Nova 2017 turut dimeriahkan dengan persembahan Faizal Tahir, Judika, Cakra Khan, Azlan Typewriter, Dayang Nurfaizah dan pendatang baharu dari Indonesia, Mia Ismi.

20170805_205649

Mia, seorang pemain biola membuka persembahan dengan menyanyikan lagu Fatwa Pujangga.

20170805_210800

Syahrini kemudian tampil dengan aksi jenaka bersahaja ambil mendendangkan lagu popularnya, Cinta Tapi Genksi dan Seperti Itu.

20170805_212735

Faizal Tahir tampil hebat dengan barisan lagu Assalamualaikum, Sampai Syurga, Mahakarya Cinta dan Sejati.

20170805_213341

Stadium Malawati terus bergegar apabila Cakra Khan muncul dengan lagu berhantu Mencari Cinta Sejati serta sebuah lagu baharu, Kekasih Bayangan.

20170805_215036

Ibarat konsert pemanas badan menjelang konsert solonya di Esplanade Singapura Januari depan, persembahan Dayang Nurfaizah tidak pernah mengecewakan dengan lagu Lelaki Teragung dan Separuh Matiku Bercinta.

20170805_215825

Kelantangan vokal Azlan Typewriter terus bergema menerusi lagu Idola, Lagu Untukmu dan kolaborasi alunan biola oleh Mia, dengan lagu Melankolia.

20170805_221127

Suasana terus gemuruh apabila Judika pula muncul di pentas dengan lagu rancak Sampai Kau Jadi Milikku, Aku Yang Tersakiti dan single terbaharunya, Jadi Aku Sebentar Saja

Sudah pasti menjadi tumpuan ialah gabungan duet di antara artis-artis terlibat.

Syahrini mengimbas kembali zaman duetnya bersama Anang dengan lagu Jangan Memilih Aku bersama Judika.

Judika dan Cakra Khan pula beradu vokal menerusi lagu Kesempatan Kedua dan Bukan Dia Tapi Aku.

20170805_232444

Tidak mahu membazirkan kesempatan yang ada, Dayang Nurfaizah pula berduet dengan Judika menerusi lagu Like I’m Gonna Love You.

20170805_234148

Kombinasi Faizal dan Azlan kemudiannya menutup persembahan dengan lagu, Kau Ilhamku.

Meskipun konsert ini bertembung dengan konsert Datuk Sheila Majid, namun kehadiran penonton tetap memberangsangkan ditambah dengan orkestra pimpinan Aubrey Suwito.

Konsert Nova 2017 dianjurkan sempena ulangtahun ke-60 hubungan Malaysia dan Indonesia.

 

Sumbangan : Azrul Amila Amir

 

Untuk lebih banyak perkembangan sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!