88673

“Saya Tak Cakap Langsung Tak Boleh Pakai Telekung Murah” – Vivy Yusof - Suria FM - Segalanya Hiburan

Isu memakai barang ‘fake’ atau palsu masih menjadi perdebatan netizen sehingga hari ini.

Perkara itu tidak terkecuali buat usahawan berpengaruh iaitu Vivy Yusoff yang turut mempunyai pendapatnya sendiri tentang penggunaan barang ‘fake’

Vivy dalam salah satu kemaskininya di Insta Story meluahkan rasa kesal dengan tindakan golongan yang memakai barangan palsu termasuklah hijab kerana hijab merupakan barang yang dipakai kerana tuntutan agama.

Vivy turut meminta supaya masyarakat muslim di luar sana supaya menjadi muslim yang baik dan tidak menyokong perbuatan cetak rompak.

Tambah Vivy lagi, beliau turut tidak dapat menerima bagaimana boleh ada individu yang sanggup membeli telekung yang diciplak.

Status itu lantas mendapat perhatian netizen dan kecaman demi kecaman diterima Vivy gara-gara luahan hatinya itu.

Vivy tidak hanya berdiam diri selepas kecaman demi kecaman yang dilemparkan kepadanya. Malah Vivy turut membalas komen-komen dari netizen yang berterusan menyerangnya.

Kata Vivy, beliau tidak pernah langsung cakap tidak boleh memakai telekung murah. Vivy turut meminta supaya netizen selidik terlebih dahulu sebelum terlibat dengan fitnah secara tidak langsung.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!