72084

"Saya Tak Rasa Saya Biadap" – Jawapan Black Selepas Dikatakan Bersikap Kurang Ajar Terhadap Datuk Hattan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini penyanyi Black telah menerima kritikan oleh netizen yang menonton program Mentor Milenia 2017 gara-gara cara percakapan dan ayat yang diguna pakai olehnya kepada Datuk Hattan.

Foto Ihsan : Twimage
Foto Ihsan : Twimage

Walau bagaimanapun, Black yang tidak mahu isu ini terus menjadi bualan ramai telah tampil dengan penjelasan bahawa segala kritikan yang diterima itu adalah salah faham dari penonton tentang keadaan yang sebenarnya.

Foto Ihsan : Youtube
Foto Ihsan : Youtube

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Anugerah Terindah ini, apa yang terjadi ketika itu adalah hanya berlandaskan profesionalisme ketika melakukan tugas masing-masing.

“Saya tak rasa saya biadap atau beliau mengguris hati saya dengan kata-katanya. Saya mempertahankan protege dan beliau (Hattan) menjalankan tugasnya untuk mengkritik sebarang kekurangan para peserta. Perbalahan yang dilihat dalam program itu memang berlaku tapi ia adalah demi kerja dan tanggungjawab kami semata-mata. Tiada masalah pun antara kami tapi keadaan itu disalah anggap oleh penonton.”

Rata-rata netizen yang menonton program itu telah meninggalkan komen di ruangan YouTube dan mengherdik tindakan Black itu sebagai sesuatu yang kurang ajar dengan mengeluarkan kata-kata sebegitu terhadap penyanyi veteran.

Foto Ihsan : Azhan.co
Foto Ihsan : Azhan.co

Walaupun isu ini telah disalah erti oleh beberapa netizen, tetapi hubungan antara Black dan Datuk Hattan masih baik sehingga ke hari ini.

“Saya boleh katakan kami tidak bergaduh atau bermasam muka. Bila di luar program, kami okey saja. Ia bukan gimik pula sebab memang kami berbalah cuma tiada apa yang peribadi selain hal kerja. Malah, Datuk Hattan sendiri yang meminta saya dan rakan-rakan mentor lain untuk berdebat pendapat dengannya pada setiap komen dan kritikan yang dikeluarkannya. Sebab beliau sendiri akui tidak semestinya semua pandangannya sentiasa tepat. Dilemanya kepada kami berempat adalah untuk ‘bertengkar’ dengan beliau sebab bila saya lantang sikit jadi hal begini pula.”

Apabila ditanya adakah komen-komen sebegitu memberi kesan terhadap Black, beliau mempunyai jawapannya yang tersendiri dan apa yang pasti kali ini beliau akan lebih menjaga kata-katanya.

“Saya dan tiga lagi mentor sudah berbincang mengenai hal ini. Walaupun saya tidak berniat biadap atau berkasar namun pandangan umum harus diambil kira juga. Kami akan berdebat atau bertengkar seperti biasa dengan Datuk Hattan jika ada perselisihan pendapat tapi caranya akan lebih berhemah dan sopan.”

Hmm ada kalanya apa yang kita lakukan sering disalah erti oleh sesetengah pihak. Bukan mudah untuk menjaga hati semua orangkan? Apa yang penting, hubungan Black dan Datuk Hattan tidak terjejas dek kerana insiden ini.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!